(sumber gambar: Canva Pro)
Ramai sudah sedia maklum bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia, semua harta miliknya sama ada harta alih atau harta tak alih, akan dibekukan di Amanah Raya. Maksud dibekukan ini adalah merujuk kepada segala transaksi jual-beli adalah disekat, selagi harta-harta itu tidak dipindah-milik kepada pemilik yang baru.

Kini, jumlah nilai harta yang masih terbeku di Amanah Raya dan menunggu waris dituntut adalah melebihi RM78 billion. Ia bukan satu angka yang kecil dan antara penyebabnya kenapa tidak dituntut oleh waris adalah kerana waris tiada duit untuk membayar kos tuntutan.

Ya, anda betul. Tukar hak milik harta dari pemilik asal yang sudah meninggal dunia kepada pemilik baru, iaitu warisnya, adalah TIDAK PERCUMA!

Dianggarkan kos keseluruhan itu adalah antara 5% – 10% dari nilai semasa harta pemilik itu. Jika nilai harta itu adalah bersamaan RM1 Juta, maka kos tuntutan dianggarkan antara RM50,000 – RM100,000. Ia bukan satu jumlah yang kecil.

Jadi, sebagai pemilik harta, kita juga perlu sediakan tunai yang mencukupi untuk bantu memudahkan waris kita menuntut, selepas kematian. Waris kita mungkin masih kecil, atau waris kita adalah pasangan yang tak bekerja dan tiada income.

Bagaimana nak sediakan tunai cara pantas?

Kumpul duit di bank bukan cara terbaik, kerana apabila meninggal dunia, akaun bank itu juga akan turut dibekukan.

Cara terbaik adalah dengan mencarum pelan perlindungan takaful nyawa, cover dari segi kematian dan letakkan penama, sama ada pasangan atau anak, sebagai penerima pampasan takaful tersebut, secara Hibah. Pelan ini lebih popular dikenali sebagai hibah takaful.

Pampasan takaful dengan nilai RM50,000 – RM100,000 caruman bayaran mungkin hanya sekitar RM100 bulanan, bergantung pada umur. Dan, apabila mencarum, anda sebenarnya sedang mencipta aset tunai yang telah tersedia dari hari pertama anda mencarum. Bukankah bagus begitu?

Pertanyaan & Borang Sebutharga

Untuk mengetahui lebih lanjut dan berapa caruman bayaran mengikut jumlah hibah serta umur anda, tekan button whatsap di bawah atau isikan borang sebutharga yang telah disediakan.
Whatsapp:

Borang Sebutharga: Hibah Takaful

(untuk setiap orang yang berkenaan)

  1. Diri Sendiri
    Nama:
    Tarikh lahir:
    Merokok/vape?:
    Pekerjaan:
    Sakit sedia ada (jika ada):
    Jumlah Hibah:

  2. Pasangan Anda
    Nama:
    Tarikh lahir:
    Merokok/vape?:
    Pekerjaan:
    Sakit sedia ada (jika ada):
    Jumlah Hibah:

  3. Parent (Ayah/Ibu)
    Nama:
    Tarikh lahir:
    Merokok/vape?:
    Pekerjaan:
    Sakit sedia ada (jika ada):
    Jumlah Hibah:

  4. (dan seterusnya)
Salah satu dari company di bawah akan disyorkan mengikut kesesuaian jenis perlindungan yang dikehendaki, risiko pekerjaan, status kesihatan dan budget
Share to:
houseoftakaful.com @ 2024