4 Sebab kenapa anda perlukan pelan House Protection ini
Perlindungan Kebakaran, Kilat, Letupan Domestik & Bencana Alam
Kerosakan yang berlaku ke atas struktur rumah boleh memberikan kesan terhadap kewangan dan gangguan emosi pada anda dan keluarga. Kerosakan ini boleh berpunca dari kebakaran, kilat, letupan domestik, banjir, ribut taufan, dilanggar kenderaan atau haiwan, pecahan atau limpahan tangki air, alat atau paip domestik dan pelbagai lagi.
Perlindungan Barangan Rumah
Anda juga boleh menambah perlindungan untuk melindungi barangan dalam rumah seperti perabot, barangan elektronik, dan lain-lain dari situasi yang boleh berlaku di nombor 1.
Perlindungan dari Kecurian
Kecurian tanpa pecah masuk atau secara paksaan dan keganasan ke dalam rumah juga antara yang boleh dilindungi.
Liabiliti Awam
Anda juga boleh menambah perlindungan untuk melindungi anda daripada tuntutan perundangan oleh pihak ketiga contohnya anda diketahui menjadi punca berlaku kebakaran kepada rumah-rumah jiran atau atap rumah anda diterbangkan angin dan jatuh merosakkan rumah-rumah jiran.
Lindungi rumah dan isi rumah anda dengan Takaful Pemilik Rumah (HouseOwner) & Isi Rumah (HouseHolder) untuk jiwa yang lebih tenang dan membantu mengurangkan kos penggantian dan pembaikan rumah apabila berlaku musibah tidak diingini.
Pertanyaan & Borang Sebutharga!
Untuk penerangan lebih lanjut dan sebutharga caruman bayaran, boleh whatsapp saya atau isikan borang yang disediakan di bawah ini.
Whatsapp:
Borang Sebutharga: House Protection Plan
Salah satu dari company di bawah akan disyorkan mengikut kesesuaian jenis perlindungan yang dikehendaki, risiko pekerjaan, status kesihatan dan budget