5 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Medical Card

  1. Dana Segera Perubatan
    Apabila anda mencarum dalam pelan medical card / kad perubatan, anda sebenarnya sudah disediakan sejumlah dana perubatan yang boleh anda guna ketika sakit atau kemalangan dan memerlukan rawatan hospital, suatu hari nanti.

    Ia mungkin berjumlah RM100,000, RM200,000 mahupun melebihi RM1 Juta, cover setiap tahun (sila semak had claim dalam pelan anda). Cuma, dana ini ada tempoh tertentu sebelum boleh ia digunakan.

    Ia bagi memastikan hanya orang-orang yang sihat dan tiada sejarah penyakit sahaja, pada ketika mula mencarum, boleh menikmati kemudahan ini. Jadi, adalah dinasihatkan untuk anda mohon seawalnya, ketika masih sihat walafiat.

  2. Akses Kepada Jaringan Hospital Panel
    Dengan mencarum dalam pelan medical card, anda bukan sahaja disediakan sejumlah dana perubatan, tetapi juga akses kepada jaringan hospital swasta yang menjadi panel kepada syarikat insurans/takaful anda.

    Ia akan memudahkan anda mendapatkan rawatan hospital dengan lebih pantas, paling dekat dan pembayaran deposit yang lebih rendah (berbanding dengan orang yang tiada medical card), ketika diperlukan.

  3. Had Claim Medical Card dari Majikan Adalah Rendah & Terhad
    Jika majikan anda ada menyediakan kemudahan medical card kepada para pekerjanya, tahniah! Anda sangat beruntung. Tetapi, pernahkah anda semak berapa had claim untuk medical card itu?

    Kebiasaannya, had claim yang disediakan adalah rendah sahaja dan ia berbeza-beza mengikut pangkat. Mungkin setahun hadnya hanya RM5,000 – RM30,000 sahaja (sila semak dari majikan anda) dan ia terhad ketika selama anda bekerja di situ. Jika sudah bersara atau berpindah ke majikan lain, tiada lagi kemudahan itu.

  4. Kos Rawatan & Ubat-ubatan Yang Sentiasa Meningkat
    Kita perlu terima hakikat bahawa kos rawatan hospital dan ubat-ubatan yang diberikan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pada hari ini, kos rawatan untuk demam virus mungkin adalah sekitar RM5,000 selama 3 hari di hospital swasta, tetapi tahun-tahun akan datang tak mustahil kosnya boleh meningkat kepada RM6,000 atau lebih tinggi, akibat kenaikan harga ubat-ubatan, caj doktor, sewaan alatan dan mesin digunakan dan lain-lain lagi.

  5. Galakan dari Kerajaan melalui Pengecualian Cukai Pendapatan Kita beruntung kerana kerajaan menggalakkan kita mencarum dalam pelan medical card dengan cara mengecualikan tanggungan cukai pendapatan sehingga RM3,000 setiap tahun. Walaupun jumlah ini tidaklah tinggi dan mungkin tak dapat tanggung keseluruhan ahli keluarga kita, namun sekurang-kurangnya, ia merendahkan tanggungan cukai pendapatan kita.

    Secara tak langsung juga, ia mengurangkan juga kebergantungan kita kepada hanya satu pilihan hospital sahaja iaitu hospital kerajaan dan juga mengurangkan kesesakan di hospital tersebut.

Pakej Medical Card

Saya mempunyai akses kepada 9 syarikat takaful di Malaysia ini seperti logo yang tertera di bahagian bawah laman ini. Anda boleh terus minta saya share info penuh dan sebutharga dari syarikat yang anda mahukan atau favourite. Tetapi jika anda tak pasti syarikat yang mana, saya akan bantu anda cadangkan sehingga 3 syarikat yang dipercayai dari segi servis, rekod pembayaran yang bagus di hospital, jumlah perlindungan yang berbaloi dan sesuai dengan budget anda

Dari segi jumlah perlindungan, di bawah adalah penerangan serba ringkas:
  • Tanggungan Bilik Wad:
    Boleh pilih antara RM150 – RM600 per hari

  • Tanggungan Had Claim:
    Boleh pilih antara RM100,000 – RM3 Juta tahunan

  • Tanggungan Bil Rawatan Hospital:
    Boleh pilih ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat atau pelanggan kongsi bayar sebahagian bil (dari segi caruman bayaran ada beza antara kedua-dua pilihan)

  • Pendapat Kedua, Pakar Perubatan:
    Manfaat ini semakin penting hari ini, terutamanya kes pembedahan. Adalah lebih baik mendengar pendapat pakar yang kedua, jika ada keraguan cadangan dari doktor pakar yang pertama, kerana sedikit kesilapan, boleh mendatangkan mudarat kepada pesakit. Jika ada syarikat yang menawarkan manfaat ini (kos ditanggung oleh syarikat), pilihlah ia.

Pertanyaan & Borang Sebutharga

Untuk mendapatkan info penuh dan sebutharga caruman bayaran, sila whatsapp saya atau isi borang sebutharga yang disediakan di bawah ini
Whatsapp:

Borang Sebutharga: Medical Card

(untuk setiap orang yang berkenaan)

  1. Diri Sendiri
    Nama:
    Tarikh lahir:
    Merokok/vape?:
    Pekerjaan:
    Sakit sedia ada (jika ada):

  2. Pasangan anda
    Nama:
    Tarikh lahir:
    Merokok/vape?:
    Pekerjaan:
    Sakit sedia ada (jika ada):

  3. Anak 1
    Nama:
    Tarikh lahir:
    Sakit sedia ada (jika ada):

  4. Anak 2
    Nama:
    Tarikh lahir:
    Sakit sedia ada (jika ada):

  5. (dan seterusnya)

Salah satu dari company di bawah akan disyorkan mengikut kesesuaian jenis perlindungan yang dikehendaki, risiko pekerjaan, status kesihatan dan budget
Share to:
houseoftakaful.com @ 2024