(sumber gambar: Canva pro)
Dalam keghairahan anda nak bercuti pergi travel ke dalam atau luar negara, jangan dilupai untuk memohon pelan perlindungan takaful travel bagi melindungi sebarang risiko yang mungkin boleh timbul ketika dalam perjalanan atau ketika berada di tempat yang ditujui.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Takaful Travel

  1. Risiko berlaku Kemalangan
    Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Lebih-lebih lagi, ketika anda ke luar negara, di mana anda mungkin akan melalui jalan udara, jalan laut dan jalan darat dalam tempoh masa yang singkat. Banyak perjalanan, bermakna risiko untuk berlaku kemalangan juga tinggi. Rancang dan bersedialah dengan pelan perlindungan sebelum berangkat.

  2. Akses kepada rawatan perubatan
    Dengan adanya takaful travel, anda akan diberikan akses kepada manfaat perubatan di luar negara. Walaupun anda mungkin sudah ada pelan medical card di Malaysia, harus diingat, ianya hanya ‘laku‘ di Malaysia sahaja. Jadi, anda perlukan travel takaful ini untuk bantu biaya rawatan perubatan, sekiranya perlu dan kecemasan.

  3. Kelewatan / Perubahan Perjalanan
    Kadang-kala kita tak dapat elak perkara seperti jadual perjalanan kita akan mengalami kelewatan atau laluan perjalanan terpaksa diubah, mungkin atas sebab cuaca yang buruk atau kenderaan yang mahu dinaiki tidak dalam keadaan baik.

    Sekiranya ini berlaku, ada beberapa pakej yang disediakan di mana sejumlah gantian wang tunai akan diberikan. Sekurang-kurangya membantu meringankan sedikit beban yang mungkin anda perlu tanggung seperti tambahan budget untuk penginapan dan makanan.

  4. Tanggungan Kos Bawa Pulang Jenazah
    Bagaimana kalau pergi ke luar negara, kemudian berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian? Jenazah perlu dibawa pulang ke Malaysia dan kosnya bukan sedikit. Dengan adanya takaful travel, ada pakej disediakan di mana kos membawa pulang jenazah boleh ditanggung

  5. Cover Aktiviti Lasak
    Agak ramai juga yang ke luar negara kerana mahu melakukan aktiviti lasak dan berbahaya seperti hiking, scuba diving, naik hot air balloon dan lain-lain lagi. Semua ini tidak cover, sekiranya berlaku kemalangan, melainkan anda ada sertakan sekali perlindungan untuk aktiviti lasak dalam takaful travel.

    Bayaran mungkin sedikit tinggi, tetapi ia boleh memberikan peace of mind kepada anda

Pertanyaan & Borang Sebutharga!

Di atas adalah sebahagian kelebihan ambil pelan takaful travel sebelum anda pergi melancong. Jika anda inginkan penerangan lebih lanjut berserta caruman perlu dibayar, tekan button whatsapp di bawah atau isikan borang sebutharga disediakan untuk dapatkan info penuh dan sebutharga:
Whatsapp:

Borang Sebutharga: Travel Takaful

(untuk tarikh pulang, lebihkan satu hari ke hadapan kerana dikhuatiri ada flight delay)

(contoh: hiking, naik hot air balloon, abseiling, bungee jumping, sky-diving, hang-gliding, helicopter rides, ultra marathons, water sports, etc)

(untuk setiap orang yang berkenaan)

  1. Diri Sendiri
    Nama:
    Nombor IC:

  2. Pasangan anda
    Nama:
    Nombor IC:

  3. Anak 1
    Nama:
    Nombor IC:

  4. Anak 2
    Nama:
    Nombor IC:

  5. (dan seterusnya)

Salah satu dari company di bawah akan disyorkan mengikut kesesuaian jenis perlindungan yang dikehendaki, risiko pekerjaan, status kesihatan dan budget
Share to:
houseoftakaful.com @ 2024